Selasa, 27 April 2010

Antara Sabar Dan Mengeluh...

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hasan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf, tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang berseri dan bersinar wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati".
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hasan, lalu dia bertanya, "Apakah katamu wahai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan lukahati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini". Abul Hasan bertanya, "Apakah hal yang merisaukanmu?"
Wnita itu menjawab, "Pada suatu hari, ketika suamiku menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiab anakku yang agak besar berkata pada adiknya, " Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?". Jawab adiknya, " Baiklah kalau begitu.".
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana disana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas, terkena ke badannya dan habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini tinggallah aku sebatang kara."
Lalu Abul Hasan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan diantara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dana adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti iaitu sia-sia belaka."
Demikianlah cerita diatas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan dimana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dalam setiap musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda, dalam firman Allah s.w.t. dalam sebuah hadis qudsi: "Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin, jika aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.
Begitu juga mengeluh, perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiga macam dari tanda kekafiran terhadap Allah s.w.t., merobek baju, mengeluh, dan menghina nasab orang.
Dan sabdanya pula, mengeluh itu termasuk kebiasaan jahiliyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum bertaubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka", diriwayat oleh Imam Majah
Semoga kita dijadikan hamba Allah yang sabar dalam menghadapi dalam segala musibah.